Pedoman Hati

Rasullullah s.a.w bersabda yg bermaksud:"sesungguhnya ALLAH s.w.t tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula memandang pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu,tetapi Allah memandang pada hatimu.Barang siapa memiliki hati yg s0leh maka ALLAH menyukainya.Bani Adam yg paling ALLAH cintai ialah yg paling bertaqwa."(Riwayat al-Tabarani dan muslim)

Sunday, May 27, 2012

Study tips untuk macho-es (ALIM MUjAHID)

                                                They steal le one directions promo cd , me gonna kill em'

Ustad jambang : kamu ni lepas ni nak jadi ape ye ?
Akhi macho : Err , saya nak jadi Alim Mujahid ustad jambang oi .
Ustad Jambang : astargh.. janganlah jadi terrorist , nikmat tuhan bagi , syukur  
                        sikit. Tak tahulah dengan kamu ni , payah - payah ustad tarbi  
                         malam - malam .
Akhi macho : *angkat kening pelik * , ustad - ustad , nak kene tarbi balik ehh ? hihi 
                    Biarlah apa orang cakap , saya tetap nak jadi Alim Mujahid .


                                                   +++++


Bismillahirahmanirahim . Assalamualaikum .


Definisi 
Err , agak - agak alim mujahid ni apa ya ? pakai serban pegang shortgun ?*mungkin*
Pakai serban pegang bom buatan sendiri ? *mungkin* or pakai serban tangkap cengkirik ? *krikik krikik* 


Hmm.                   
Rata - rata manusia *including ustad jambang* sering mentafsirkan Alim Mujahid itu mengikut dasar pandang yang kurang professional . Kepala lutut ?
Maksudnya,sering mengambil maksud yang tersurat,campak lombong maksud yang tersirat.        
   
Pelik juga .

Yang alim mesti dikatakan memakai serban,kopiah putih,jubah.Yang Mujahid sering dikaitkan dengan angkat senjata,pegang bazooka,pakai baju bom,telan bom .
Alim dalam bahasa arab hambar saya bermaksud orang yang berpengetahuan dalam bidang ilmu manakala mujahid pula orang yang bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu ataupun pejuang .


Ada suatu hari saya ditanyakan perihal study tips dari junior yang boleh tahan jahatnya . Memang hampeh .
Dalam hati ' Mamat ni nak perli aku tak straight A hape ' . * lari husnuzon* haha .


= okay .Kalau kau nak jadi Alim Mujahid , konpem kau dah boleh cemerlang .


3 minutes without reply . Chat off . =='


'Kalau kau nak jadi Alim Mujahid , kompem kau dah boleh cemerlang' 
was it that hard to understand the phrase ? 


Yeah , that's was the study tips . *oh my allah *




Sebab- sebab kejayaan dijadikan kejaran .


1. Tanggungjawab 


Seorang manusia memang sudah lumrah untuk memegang pelbagai tanggungjawab. Abaikan exco-exco dan pengerusi kelab semua.Perhatikan tanggungjawab yang memang sedia-ada sekarang.Anak emak,student,kawan and the most important,a muslim,submission to the only god,Allah.Tanggungjawab yang diberatkan keatas diri ini kadang - kala memaksa kita untuk memberikan  segala-galanya to the fullest . Hanya kerana tanggungjawab .


" Aduhh , susah benor chapter wave ni , pergi laut pun tak penah ni . failed lah 
  trial spm ni .. waduhh waduhh ..'
[* wajah2 mereka yang tersayang mula terbayang , ayah , ibu , adik , crush *err *]
" no ! they are hoping for my great sukses , must not givap . Kene usaha lebih ! 
    
    
2. Imej


Setiap dari kita berjalan,main futsal,makan,minum,sambil membawa apa yang disebutkan sebagai imej .Baik atau buruk,wangi atau busuk,semuanya akan terkena kembali kepada imej.Samada imej keluarga,mama papa,sekolah,persatuan kancil turbo,dan jugak agama.Sehingga kadang - kala,kita terpaksa mengorbankan diri *bukan mati* semata- mata memastikan nama imej dan maruah untuk sentiasa clean walaweh .


Romi : Yeah , kawe menang 100 meter peringkat daerah kinta selut . 
Pak Chek reporter :  Apa nama mak bapak awak ?
Romi : Mak kawe name Wan azizah , bapak kawe name wan hafis *aih , mcm kenal*
Pak Chek reporter : Ohh . Bagus product mak bapak awak . Bangga mereka .
Romi :*senyum nak berlagak tapi kaver * . Aww .. Terima kasih Pak chek .






3.Ganjaran 


Yeah , im studying to achieve great result man . Tipu lah kalau yang nak dapat 4 flat pointer just untuk habiskan masa , nak try jawab soalan matrikulasi , nak try bau kertas exam .  Kalau dah dapat result bling bling *kacing , konpem lah , ada tangan yang mula hulurkan duit , hulurkan cek , hulurkan biasiswa &pinjaman , tawarkan anak perempuan .erp . 


Ustad Zack Embun : Kalau kamu dapat 100 % dalam exam mempatenkan kahak 
                            beruang , ustad pakai duit ptptn beli Ipad 3 .
Efron yusoff : Terbaik la derr .. Nak imported from US . oke Ustad?
Ustad Zack Embun : ehh ,US tu tiruan,from china baru market.tahan lama.
Efron yusoff : Ye eh ? tak kesah la , Ipad 3 or Aiped teghee *china*.
                 100% bukan pilihan tetapi kewajipan ! yeahh . setel Ustad .






Ehem. Ramai yang mempunyai sebab-sebab tertentu untuk berjaya.Nak banggakan Father Mother,nak dapat Gelaran IR,DR,orang kaya kampung tersusun,nak dapat pangkat tertinggi dalam JAKIM,JAIP,edaran TAN CHEONG motor & co,Hypermarket Chop Chee seng,Pengelola Rumah Bahagia Ramu and so on ..Tapi rugi . Rugi . Kerana semangat yang terkumpul itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya dalam pembangunan Islam . Sebagai suatu bentuk manifestasi kepada kalimat cinta teragung . Lailahaillalah . Mendambakan ijazah sebagai wasilah penyampaian risalah . Komitmen itu adalah sebuah totalitas perjuangan . Maka , sudikah anda memberikan komitmen ?


Terapi Kejayaan


Eh , mana study tips nya ? Kejap .






So , inilah . *wajah tahap bingai* .. err .


Tak faham ? oke .
Study Tips yang saya fragmentasi* ini memerlukan kita untuk berfikir . 
Think people !


Oke,elemen di luar lingkaran Alim Mujahid tersebut.Hmm. Kita senaraikan :-


:Tawadhuk
:Amar makruf nahi mungkar
:Rajin
:Bergantung hanya kepada Allah
:Usaha yang kukuh
:Hormat kepada ilmu itu sendiri
:menjaga halal & haram
:Ibadat tip - top
:proaktif
:fokus


Kalau telah kita kukuhkan niat untuk menjadi seorang alim mujahid,pastinya kita tidak akan abaikan tentang aspek disiplin,rajin,semangat tinggi,proaktif,fokus and so much more. Kerana tak mungkin,seandainya elemen di lingkaran luar pun masih tidak lengkap,ada mampu menjadi aim mujahid . Tak mungkin in a thousand life kalau nak jadi alim mujahid tapi masih mengabaikan malas , pengotor , jahat and et cetra .







1.IMEJ 
   Seorang Alim Mujahid sudah pasti akan sentiasa cuba untuk menjaga IMEJ diri dan paling penting sekali iaitu Islam . Menjadi seorang yang pakar dalam bidang akademik tersendiri akan menuntut berbagai jenis perhatian keatasnya , sebab itu amat penting untuk menjaga IMEJ .Dengan kepakaran yang ada , rencana dalam mengubah sistem jahiliah akan ditumbangkan dan membangunkan sistem yang dapat meningkatkan kejayaan ummah for sure . Sistem yang bukan sahaja menjadikan marthadillah sebagai medium , bahkan turut diekori gerabak buat menuju ke syurga kelak .
 *sebelah pegang tangan zaujah , sebelah tangan anak *



' Bagusnya IR yang islam tu dapat discover Enjin lori yang pakai bubur petrol '
'Oh gempaknya Prof yang Islam tu dapat hafal thesis lepas hafal Al- Quran '
''Oh gempaknya remaja tu dapat cipta formula berdasarkan ilmu Al- Quran'


Rasulullah S.A.W bersabda , maksudnya :
"Sesungguhnya Allah menyukai seorang hamba yang apabila melakukan satu pekerjaan , dia akan lakukannya dengan itqan ( teliti dan sempurna )"
(HR al - Baihaqi)





2.Tanggungjawab
 Seorang Alim Mujahid kian sedar akan tanggungjawabnya yang harus digadaikan terhadap pembangunan umat Islam , lantas membuatkannya semakin cenderung meniti kejayaan kerana usaha itu bukannya dilakukan demi seorang isteri terchenta , namun untuk ummah dan agama . Tiap kali jiwanya direnggut kealpaan al-hawa duniawi , tika itu juga bayangan-bayangan wajah ummah yang kekurangan  membangkitkan persona mentalitinya untuk terus memasakkan langkah , memasungkan gerakan hanya untuk Allah azza wa jalla . Maka akan lahirlah kelazaatan sebuah ketaatan itu tanpa rasa paksaan .


' Aku tak boleh putus asa , Aku ni alim Mujahid , tanggungjawab aku terhadap ummah , amanah aku kepada tuhan harus dikotakan . Peningkatan kejayaan ummah menjadi kewajipanku .Aku tidak boleh lemah '


Rasulullah S.A.W bersabda , maksudnya: 
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah"
(HR Muslim)


3.Ganjaran
 Seorang Alim Mujahid tidak akan berehat sehingga misi menyebarkan kemajuan Islam itu berjaya . Bukanlah wang ringgit , hiasan permata , ferrero rocher , ais pop , keli goreng yang menjadi ukuran . Ia lebih dari itu sebenarnya . Mengejar apa yang Allah sudah janjikan. Syurga . Eksklusif buat mereka yang bekerja untuknya . Setiap hayunan langkahnya semata-mata mengejar ganjaran yang ilusi pada pandangan kosong manusia namun realiti pada pandangan iman .



"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh.Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."
-At Taubah, [9:111]







Tak mungkin . 
That's why 
' Kalau kau nak jadi Alim Mujahid , kompem kau dah boleh cemerlang.'
Get the point ?


Kerana menjadi seorang Alim Mujahid tidak pernah akan senang.Ujian demi ujian akan mewarnai perjalanan panjang ini,titisan air mata,lelehan peluh (haha) ,
sakit sendi akan menjadi taruhan,hinggakan jenuh,perit akan menghampiri setiap detik perjuangan itu.Bukannya sia - sia .Tidak .
Kerana dasarnya adalah untuk mencari redha Allah . Ianya tidak akan senang seperti menyusun bantal , bancuh air , curi bekas megi , panjat bumbung sekolah dan termasuklah curi masuk bilik warden* ehem*


Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
Al-Qasas [22:77]









Saya memang bercita-cita untuk menjadi Alim Mujahid yang ter-osem .
Dengan kepakaran yang terheebat*bunyi doraemon* dalam bidang saya tersebut, saya akan menumpangkan islam atas kejayaan itu.Di samping itu , mencipta satu sistem yang dapat memberi manfaat kepada Umat Islam bukan sahaja dalam Malaysia,namun seantero dunia itu sendiri.Sistem yang membangkitkan kebenaran dan kedamaian serta menumbangkan kejahilian dan kemungkaran . Manalah tau dapat broadcast satu dunia ka , masuk wikipedia ,iluvislam , 9Gag ka .


Lagi semad , simpan jambang , pakai kopiah hitam . Sumpah .
  
Guys , are we on the same trip to Jannah ?
Maka , tanyakan diri kita . Adakah kita sanggup menjadi Alim Mujahid ?
Jika jawapannya adalah "Ya" , jadi sediakan komitmen(tiket) untuk ke Jannah .
Tax itu perlu . Ptptn pun bayar what .


Bro , saya bersedia ! *tie tarik ketat*

Rayyan Muslim
'Tiada Alasan untuk tidak berdakwah selagi Islam '


Ierbid , Joghdang .
Metrik je :)




1 comment: