Pedoman Hati

Rasullullah s.a.w bersabda yg bermaksud:"sesungguhnya ALLAH s.w.t tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula memandang pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu,tetapi Allah memandang pada hatimu.Barang siapa memiliki hati yg s0leh maka ALLAH menyukainya.Bani Adam yg paling ALLAH cintai ialah yg paling bertaqwa."(Riwayat al-Tabarani dan muslim)

Sunday, May 27, 2012

Study tips untuk macho-es (ALIM MUjAHID)

                                                They steal le one directions promo cd , me gonna kill em'

Ustad jambang : kamu ni lepas ni nak jadi ape ye ?
Akhi macho : Err , saya nak jadi Alim Mujahid ustad jambang oi .
Ustad Jambang : astargh.. janganlah jadi terrorist , nikmat tuhan bagi , syukur  
                        sikit. Tak tahulah dengan kamu ni , payah - payah ustad tarbi  
                         malam - malam .
Akhi macho : *angkat kening pelik * , ustad - ustad , nak kene tarbi balik ehh ? hihi 
                    Biarlah apa orang cakap , saya tetap nak jadi Alim Mujahid .


                                                   +++++


Bismillahirahmanirahim . Assalamualaikum .


Definisi 
Err , agak - agak alim mujahid ni apa ya ? pakai serban pegang shortgun ?*mungkin*
Pakai serban pegang bom buatan sendiri ? *mungkin* or pakai serban tangkap cengkirik ? *krikik krikik* 


Hmm.                   
Rata - rata manusia *including ustad jambang* sering mentafsirkan Alim Mujahid itu mengikut dasar pandang yang kurang professional . Kepala lutut ?
Maksudnya,sering mengambil maksud yang tersurat,campak lombong maksud yang tersirat.        
   
Pelik juga .

Yang alim mesti dikatakan memakai serban,kopiah putih,jubah.Yang Mujahid sering dikaitkan dengan angkat senjata,pegang bazooka,pakai baju bom,telan bom .
Alim dalam bahasa arab hambar saya bermaksud orang yang berpengetahuan dalam bidang ilmu manakala mujahid pula orang yang bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu ataupun pejuang .


Ada suatu hari saya ditanyakan perihal study tips dari junior yang boleh tahan jahatnya . Memang hampeh .
Dalam hati ' Mamat ni nak perli aku tak straight A hape ' . * lari husnuzon* haha .


= okay .Kalau kau nak jadi Alim Mujahid , konpem kau dah boleh cemerlang .


3 minutes without reply . Chat off . =='


'Kalau kau nak jadi Alim Mujahid , kompem kau dah boleh cemerlang' 
was it that hard to understand the phrase ? 


Yeah , that's was the study tips . *oh my allah *




Sebab- sebab kejayaan dijadikan kejaran .


1. Tanggungjawab 


Seorang manusia memang sudah lumrah untuk memegang pelbagai tanggungjawab. Abaikan exco-exco dan pengerusi kelab semua.Perhatikan tanggungjawab yang memang sedia-ada sekarang.Anak emak,student,kawan and the most important,a muslim,submission to the only god,Allah.Tanggungjawab yang diberatkan keatas diri ini kadang - kala memaksa kita untuk memberikan  segala-galanya to the fullest . Hanya kerana tanggungjawab .


" Aduhh , susah benor chapter wave ni , pergi laut pun tak penah ni . failed lah 
  trial spm ni .. waduhh waduhh ..'
[* wajah2 mereka yang tersayang mula terbayang , ayah , ibu , adik , crush *err *]
" no ! they are hoping for my great sukses , must not givap . Kene usaha lebih ! 
    
    
2. Imej


Setiap dari kita berjalan,main futsal,makan,minum,sambil membawa apa yang disebutkan sebagai imej .Baik atau buruk,wangi atau busuk,semuanya akan terkena kembali kepada imej.Samada imej keluarga,mama papa,sekolah,persatuan kancil turbo,dan jugak agama.Sehingga kadang - kala,kita terpaksa mengorbankan diri *bukan mati* semata- mata memastikan nama imej dan maruah untuk sentiasa clean walaweh .


Romi : Yeah , kawe menang 100 meter peringkat daerah kinta selut . 
Pak Chek reporter :  Apa nama mak bapak awak ?
Romi : Mak kawe name Wan azizah , bapak kawe name wan hafis *aih , mcm kenal*
Pak Chek reporter : Ohh . Bagus product mak bapak awak . Bangga mereka .
Romi :*senyum nak berlagak tapi kaver * . Aww .. Terima kasih Pak chek .






3.Ganjaran 


Yeah , im studying to achieve great result man . Tipu lah kalau yang nak dapat 4 flat pointer just untuk habiskan masa , nak try jawab soalan matrikulasi , nak try bau kertas exam .  Kalau dah dapat result bling bling *kacing , konpem lah , ada tangan yang mula hulurkan duit , hulurkan cek , hulurkan biasiswa &pinjaman , tawarkan anak perempuan .erp . 


Ustad Zack Embun : Kalau kamu dapat 100 % dalam exam mempatenkan kahak 
                            beruang , ustad pakai duit ptptn beli Ipad 3 .
Efron yusoff : Terbaik la derr .. Nak imported from US . oke Ustad?
Ustad Zack Embun : ehh ,US tu tiruan,from china baru market.tahan lama.
Efron yusoff : Ye eh ? tak kesah la , Ipad 3 or Aiped teghee *china*.
                 100% bukan pilihan tetapi kewajipan ! yeahh . setel Ustad .






Ehem. Ramai yang mempunyai sebab-sebab tertentu untuk berjaya.Nak banggakan Father Mother,nak dapat Gelaran IR,DR,orang kaya kampung tersusun,nak dapat pangkat tertinggi dalam JAKIM,JAIP,edaran TAN CHEONG motor & co,Hypermarket Chop Chee seng,Pengelola Rumah Bahagia Ramu and so on ..Tapi rugi . Rugi . Kerana semangat yang terkumpul itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya dalam pembangunan Islam . Sebagai suatu bentuk manifestasi kepada kalimat cinta teragung . Lailahaillalah . Mendambakan ijazah sebagai wasilah penyampaian risalah . Komitmen itu adalah sebuah totalitas perjuangan . Maka , sudikah anda memberikan komitmen ?


Terapi Kejayaan


Eh , mana study tips nya ? Kejap .






So , inilah . *wajah tahap bingai* .. err .


Tak faham ? oke .
Study Tips yang saya fragmentasi* ini memerlukan kita untuk berfikir . 
Think people !


Oke,elemen di luar lingkaran Alim Mujahid tersebut.Hmm. Kita senaraikan :-


:Tawadhuk
:Amar makruf nahi mungkar
:Rajin
:Bergantung hanya kepada Allah
:Usaha yang kukuh
:Hormat kepada ilmu itu sendiri
:menjaga halal & haram
:Ibadat tip - top
:proaktif
:fokus


Kalau telah kita kukuhkan niat untuk menjadi seorang alim mujahid,pastinya kita tidak akan abaikan tentang aspek disiplin,rajin,semangat tinggi,proaktif,fokus and so much more. Kerana tak mungkin,seandainya elemen di lingkaran luar pun masih tidak lengkap,ada mampu menjadi aim mujahid . Tak mungkin in a thousand life kalau nak jadi alim mujahid tapi masih mengabaikan malas , pengotor , jahat and et cetra .







1.IMEJ 
   Seorang Alim Mujahid sudah pasti akan sentiasa cuba untuk menjaga IMEJ diri dan paling penting sekali iaitu Islam . Menjadi seorang yang pakar dalam bidang akademik tersendiri akan menuntut berbagai jenis perhatian keatasnya , sebab itu amat penting untuk menjaga IMEJ .Dengan kepakaran yang ada , rencana dalam mengubah sistem jahiliah akan ditumbangkan dan membangunkan sistem yang dapat meningkatkan kejayaan ummah for sure . Sistem yang bukan sahaja menjadikan marthadillah sebagai medium , bahkan turut diekori gerabak buat menuju ke syurga kelak .
 *sebelah pegang tangan zaujah , sebelah tangan anak *



' Bagusnya IR yang islam tu dapat discover Enjin lori yang pakai bubur petrol '
'Oh gempaknya Prof yang Islam tu dapat hafal thesis lepas hafal Al- Quran '
''Oh gempaknya remaja tu dapat cipta formula berdasarkan ilmu Al- Quran'


Rasulullah S.A.W bersabda , maksudnya :
"Sesungguhnya Allah menyukai seorang hamba yang apabila melakukan satu pekerjaan , dia akan lakukannya dengan itqan ( teliti dan sempurna )"
(HR al - Baihaqi)





2.Tanggungjawab
 Seorang Alim Mujahid kian sedar akan tanggungjawabnya yang harus digadaikan terhadap pembangunan umat Islam , lantas membuatkannya semakin cenderung meniti kejayaan kerana usaha itu bukannya dilakukan demi seorang isteri terchenta , namun untuk ummah dan agama . Tiap kali jiwanya direnggut kealpaan al-hawa duniawi , tika itu juga bayangan-bayangan wajah ummah yang kekurangan  membangkitkan persona mentalitinya untuk terus memasakkan langkah , memasungkan gerakan hanya untuk Allah azza wa jalla . Maka akan lahirlah kelazaatan sebuah ketaatan itu tanpa rasa paksaan .


' Aku tak boleh putus asa , Aku ni alim Mujahid , tanggungjawab aku terhadap ummah , amanah aku kepada tuhan harus dikotakan . Peningkatan kejayaan ummah menjadi kewajipanku .Aku tidak boleh lemah '


Rasulullah S.A.W bersabda , maksudnya: 
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah"
(HR Muslim)


3.Ganjaran
 Seorang Alim Mujahid tidak akan berehat sehingga misi menyebarkan kemajuan Islam itu berjaya . Bukanlah wang ringgit , hiasan permata , ferrero rocher , ais pop , keli goreng yang menjadi ukuran . Ia lebih dari itu sebenarnya . Mengejar apa yang Allah sudah janjikan. Syurga . Eksklusif buat mereka yang bekerja untuknya . Setiap hayunan langkahnya semata-mata mengejar ganjaran yang ilusi pada pandangan kosong manusia namun realiti pada pandangan iman .



"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh.Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."
-At Taubah, [9:111]







Tak mungkin . 
That's why 
' Kalau kau nak jadi Alim Mujahid , kompem kau dah boleh cemerlang.'
Get the point ?


Kerana menjadi seorang Alim Mujahid tidak pernah akan senang.Ujian demi ujian akan mewarnai perjalanan panjang ini,titisan air mata,lelehan peluh (haha) ,
sakit sendi akan menjadi taruhan,hinggakan jenuh,perit akan menghampiri setiap detik perjuangan itu.Bukannya sia - sia .Tidak .
Kerana dasarnya adalah untuk mencari redha Allah . Ianya tidak akan senang seperti menyusun bantal , bancuh air , curi bekas megi , panjat bumbung sekolah dan termasuklah curi masuk bilik warden* ehem*


Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
Al-Qasas [22:77]









Saya memang bercita-cita untuk menjadi Alim Mujahid yang ter-osem .
Dengan kepakaran yang terheebat*bunyi doraemon* dalam bidang saya tersebut, saya akan menumpangkan islam atas kejayaan itu.Di samping itu , mencipta satu sistem yang dapat memberi manfaat kepada Umat Islam bukan sahaja dalam Malaysia,namun seantero dunia itu sendiri.Sistem yang membangkitkan kebenaran dan kedamaian serta menumbangkan kejahilian dan kemungkaran . Manalah tau dapat broadcast satu dunia ka , masuk wikipedia ,iluvislam , 9Gag ka .


Lagi semad , simpan jambang , pakai kopiah hitam . Sumpah .
  
Guys , are we on the same trip to Jannah ?
Maka , tanyakan diri kita . Adakah kita sanggup menjadi Alim Mujahid ?
Jika jawapannya adalah "Ya" , jadi sediakan komitmen(tiket) untuk ke Jannah .
Tax itu perlu . Ptptn pun bayar what .


Bro , saya bersedia ! *tie tarik ketat*

Rayyan Muslim
'Tiada Alasan untuk tidak berdakwah selagi Islam '


Ierbid , Joghdang .
Metrik je :)





Read more...

Friday, May 11, 2012

Diskriminasi dalam dakwah .



''ketepap'' , libasan tangan kanan lekat tepat pada pipi kanan alif . Mantap .
"Ayam ! weh , kejot orang tak boleh elok - elok sikit ke ? " Alif tersentak
"Amende ! ko lagi rela kena sepak ngan tangan aku or dengan malaikat nanti " Jerkah Fizi


                                                                    +++
Dakwah itu indah pada pandangan kita . Pandangan mereka ?


Bismillahirahmanirahim . Assalamualaikum .
Pernah dengar or merasai dialog diatas ? 
How does it feel ? haha . Maybe ade yg kata sakit sbb jerawat pecah kene sepak , takpun , biasa sebab maybe tengah mamai , or maybe tidur balik sebab kehaprakan mamat tadi .(Burn solat subuh) . Kene paham , yang fizi tu actually tengah 'Berdakwah'


Dakwah . Satu perkataan yang sebenarnya cukup asing bagi remaja DOTA cam kami . Tafsirannya tentang arti dakwah ni sebenarnya berbeza-beza mengikut diri seseorang itu .
Some Mak bapa menafsirkan dakwah itu kebanyakan seperti belajar politik pas , jadi extreme, join ­­gerakan yang tah hape .Some Golongan ustazah pilihan dan imam muda menafsirkan dakwah itu seperti napalm yang perlu di-reload untuk menembak gerakan - gerakan syaitan hensem (L) dan syaitanine gedik (P) bagi menghalang lupanya tuhan . Golongan Mahasiswa busy pulak menganggap dakwah itu penghalang pointer 4 flat .Golongan fixie dan golongan kancil turbo pula memikirkan ade baiknya buat usrah on wheels .


Nampak ? 


Tujuan

Semua dari kita dilahirkan untuk mengejar mardhatillah iaitu redha Allah . So , tujuan berdakwah ini seharusnya selari dengan maksud kejar mardhatillah itu sendiri .


Firman Allah:
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?” Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: “(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”.
[Al-A'raf, 7:164]


Tujuan kita menegur dan memberi peringatan ada dua:
1. Melepaskan diri daripada tanggungjawab. Supaya tak longgar lutut menjawab di depanNya. 
2. Agar mereka bertakwa.


Diskriminasi dalam dakwah 


Sejauh pengamatan saya yang kurang 6 pack dalam ilmu Al-Quran ini , belum pernah terjumpa ayat yang menerangkan tentang berdakwah/menegur hanya mereka yang baik sahaja , mereka yang berkopiah sahaja , mereka yang kelas aliran agama sahaja , mereka yang baca pamphlet dakwah time khutbah sahaja dan juga bukan mereka yang bangun awal untuk solat subuh SAHAJA ! 
Belum pernah jumpa lagi la . Kudos kalau ada yang terjumpa , boleh la sharing-sharing sikit , senang le nak retweet .haha . So , kepercaya kepada Al-Quran yang termaktub sebagai teras kepada rukun iman wajar menjadi pegangan . manual panduan hidup tuu .
So , wajarlah untuk kita percaya kepada segala yang Allah firmankan bukan ?
Then , kenapa masih wujudnya diskriminasi dalam berdakwah .* menggaru kepala 


Situasi
[o]Nurul Nurhaliza comment on her twitter :
Alhamdulilah , akhirnya saya bertudung juga . Moga Allah kuatkan saya .Thanks pada yang doakan akak ye . I luv u'olls .


Dalam masa 5 minit , 450 like , 300 shared , 50+ retweet and 50+ favourite .



Dan komen dari para peminat yang batak :
Alhamdulilah ye akak . lagi chantek laa akak ni , nanti buat lagu best best yer . lurb ya <3




[0]' Weh achap , ko try usha budak tuh , tak pakai handsock . Ade hati nak conduct liqo' ilmi. 
      Tudung pun tak bidang 60 , cehh . ade hati konon . Memang Dasar Budak kelas sains .


Seorang wanita bertudung labuh lalu dihadapan mereka , bertudung labuh , handsock , menjaga pandangan . Memang persis Oki Setiana Dewi .


' Haa , achap . camni la yang aku craving nih . handsock , tudung sume pakej . Muka pulak dah macam pelakon indon yang name Oki tuh . Ya Allah , harap dapat macam ni nanti .
Memang mewakili Budak kelas agama betui .



[0]Ramai antara mereka sedang asyik berbisik tentang seorang gadis hotstuff .

      series ke Arifah yang gedik tu nak berubah ni , aiman ?'
   ' Betul la , katenyer nak stop text dengan laki sume , nak start bertudung labuh sume , nak 
     cari cinta ilahi lah kot .
   ' Hmm.. bagus la jugak die . Aku nak try dakwah kat die lah , mane tau boleh berubah lagi 
      banyak ke , pahala pulak aku dapat .hihi .






Situasa


Entah la . Maybe ade yang korang pernah terasa , terserempak , terjumpa , terjoin dengan situasi-situasi yang atas . Yeah , saya jugak *satu kepala
*Ehem ,ehem * ( Emosi dah mengelegak )
Artis mula bertudung . Hmm .. Bagusla , dari diorang terus free hair . And saya memang kureng suke dengan adinda- adinda manis yang free hair ni . Since you got ugly straight-re-bonding-hair. TAPI , kenapa bila sahabat baik kita sendiri yang mengatakan keinginan untuk bertudung kita hina , perli , maki ? why ?


And pasal perbezaan aliran samada agama , sains ini bikin satu hal jugak . Bila time kawan- kawan korang yang satu aliran agama *kononya islamik dan selalu tunduk lalu depan girls* ,
Kome*perakian tegur lembut-lembut saja ,empuk lagi bila they buat khilaf .
TAPI , kenapa bila sahabat anda yang bukan satu aliran agama *aliran sains la ni buat salah sikit or maybe TER-jadi imam sodorm ,takpun , terkantoi passing surat cinta dan bagai , kome perli , kasi makan kaki , bantai , bukak aib kat orang ? And beautiful guys and girls , Why ?


Pasal the 3rd situation tu jarang sebenarnya ada , tapi mana lah tau kan . Yang cun-cun , hensem -hensem , yang jadi cover girls , atlet  badan tough , yang selalu jadi gossip sebab muka mahal , yang pandai main rugby . Bila these people nak berubah mengejar hidayah , kita bantu mereka mengejar redha Allah s.w.t  , kita tak putuih - putuih kasi tarbiyyah atas dasar kecenderungan berubah mereka . TAPI , kenapa bila yang kureng cun-cun , kureng macho , kureng dapat publisiti murahan*hotstuff , kureng jadi tweetfamous or freak , kureng pandai main rugby dan berkaki bangku plastik , kita nak tolak keinginan diorang untuk kembali kepada tuhan ?
 And Why ?



Adakah sebab mereka tidak famous ,suara macam bunyi paip . tidak se-islamik pelajar kelas agama , dan tidak lawa ?
Ask yourself , instropeksi tingkah laku . Untuk siapa anda berdakwah selama ini ?
Mencari perhatian makhluk atau perhatian Tuhan ?
Refer Al-Quran ataupun tidak dalam berdakwah ?


*arghh.. makan dalam .haha


Effecto


Macam biasa , segala tingkah laku akan kembali kepada dasar , iaitu Islam sendiri .
Lantas , usaha untuk menyelesaikan masalah menjadi rumit . Penyelesainya dicari , namun masalah juga mendatang . Apa ? nak salah kan orang ? 


Check the way ur dakwah first bro . Then , u will know where to blame on .


Zaman sekarang , lesen meneraka-kan orang sudah dijual merata - merata tempat . 
Ehh . Beli kat JPJ or Koperasi sekolah nih ? Tukang jual nye sape ? ohh ..syaitan .


Yeah , alhamdulilah I know . Bersyahadahnya seorang muslim itu , maka wajib atas dirinya untuk berdakwah .*wow , kite pendakwah lah .Aww. Ada janggut . Sebab itu , bila mula terbinanya iman di dalam hati ,tidak sesekali seorang itu redha akan pelanggaran batas-batas dosa terhadap Allah . Maka , ia tidak akan menganggap itu suatu yang biasa .


Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan, jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati, sesungguhnya ia(mencegah dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman”


Rasululullah s.a.w telah menetapkan level keimanan seseorang itu . Iman yang paling kene boo adalah mereka yang sekadar mencegah dengan hati . Maka , pencegahan melalui perbuatan , lisan bukanlah pilihan .hahaha *evil laugh .


Tetapi , mereka lupa . LUPA . Mentally traumatised .


Mereka adalah penyeru , bukan penghukum .




Firman Allah :
“Tidaklah Kami ini menjadi Pengazab, hinggalah Kami mengutuskan perutusan(rasul)”
[Surah Al-Israa' ayat 15]


 Maka apalah layaknya manusia, menghukum sebelum menyampaikan kefahaman terlebih dahulu? hmm... Jika tidak , persepsi masyarakat yang kurang kefahaman mereka sebelum ini tentang perkataan tarbiyyah , usrah , ta'lim , dan dakwah akan berubah . Hanya kerana tingkah laku kita yang selalu berlagak seperti hero dan baguss dalam berdakwah . 
Jangan berlagak seperti hero dan baguss . Tapi , jadilah hero dan baguss dalam berdakwah .
Jambang tu dah semat dah .


Tegur tetap tegur


Lafasnya syahadah , kewajiban itu tak akan hilang . Usaha mengajak manusia kembali kepada tuhan tidak akan pernah gugur . Kreativiti dalam mengajak manusia kearah hidup yang lebih ­­­dakwah yang teratur dan lebih menjaga perasaan . Jika terbukti strategi dan perjalanan dakwah anda itu memang baik , Tahniah . Anda memang hensem , lawa , muka kpop , bijak , pandai , dan semua positif terms yang mampu saya mention-kan . Untunglah ..Wakaka .



Takpa Akhi , Bina balik persepsi orang ya . *angguk

Masih lagi menjadi Lejen Duta Cap Ayam ? Bila nak change ?



Rayyan Muslim
'Tiada Alasan untuk tidak berdakwah selagi Islam '


Ierbid , Joghdang .
10/5/2012














Read more...

Friday, April 27, 2012

duta agama cap ayam or duta agama macho dan osem ?

  [Hanya silap satu  langkah , things get worser]


  Bismillahirrahmanirrahim
 In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Ramai yang mampu mempunyai friends sehingga mencecah ribuan , mampu mempunyai beberapa akaun dengan kurungan (full) di sebelah profilnya , mampu mengikat puluhan ribu followers di Kekicau
*Twitter .  Apa sahaja yang dipost dan ditweet, mesti sahaja puluhan2 like dan retweet Berjaya dihasilkan dalam seberapa detik  , biarpun hanyalah status yg berbunyi ‘ Aduhh..Aku Sakit Perut ’ .

Alangkah osemnya kalau mereka menggunakan wadah sedemikian dalam menyampaikan risalah agama. Ok , takmau cakap banyak , nanti kene bash dengan mereka yg banyak followers
*kononnye* Huhu..

Definisi
Duta pada pandangan saya dan hak blog saya adalah : refleksi kepada sesuatu  . Ya , produk.

Kalau tidak anda tidak mendengar suara2 haprak yang seperti :

-Lah , die ke yang kantoi curi dawai kokot kat bilik warden tuh .Patutla , tgokla , ‘Produk’
 rumah zamrud
-Lah
*again* , die ke yang kantoi sodorm (solat dalam dorm) & warden tgkap gmba die ..hmm (muke senget,sinis) patutla , tgokla , ‘produk’ ex sekolah mana ..

Ok . Dah Understanding ?
Maksudnya , kita adalah duta tanpa kita sedari sekalipun.Theres no answers other than yes .

What ? 
*krikik krikik (bunyi cengkerik)*

Ehem ehem *betulkan spec rembat *

 Seorang ketua Persatuan Agama hanya layak diangkut menjadi ketua dengan harapan 3 benda :
1 -Anda seharusnya seorang lelaki , tidak kesah jika berjerawat
2-Anda seharusnya mempunyai banyak followers dalam realiti ,bukan di kekicau
3- Of course , ilmu yang walawehh..

Dan sekiranya anda tidak menepati piawaian , anda cuma boleh berangan sambil mendengar lagu ‘I dreamed a dream’ sambil melihat awan yg seakan- seakan mendengar ngomelan hati anda . Kah kah kah


Kiranya anda akan mewakili sekolah seandainya terdapat kem-kem islamik peringkat nation  kerana anda ketua dan kurang berjerawat .. Dan duta lah anda kerana membawa nama sekolah terchenta . Apa yang anda persembahkan melalui akhlak dan habit anda mencerminkan sekolah anda actually . Kerana tidak mungkin pemimpin berperangai kinder bueno dan para –pelajarnya menjadi golongan berwibawa yang tidak mengenal erti si ribena itu sendiri . Apa yang anda lakukan , mencerminkan sekolah anda . Dan sekiranya anda gagal menunjukkan betapa layaknya anda sebagai ketua , sekolah anda akan dipandang slek, skema  atau kureng atau di chop Buuuu~ .
Baiklah .Tanpa diriku selindung lagi ..

Ashadu an la ilaha illa-llah wa ashadu anna muhammadan rasulu-llah.

Setiap dari kita , yang mempunyai hati yang teguh melafaskan syahadahtain ,sebagai suatu bentuk pengakuan dan penjelasan ikrar untuk bernaung dan bertuhankan Allah dan bernaqibkan Nabi Muhammad SAW . Itulah kita . Muslim . Produk kepada Islam = Duta kepada Islam . And do you ever know how important you are ? How hard the responbilities held on you ?


Ya , saya tahu, tahu korang konfem nak jadi produk gred A+ buat agama bukan ?
Tetapi , wheres the proof ?

Kenapa terdapatnya golongan duta cap ayam atau duta bercapkan ayam ? hmm..

1 . Golongan bertudung labuh & kasanova Islamik

    Memang kudos sebab korang memang follow suruhan Allah dalam Surah An Nuur . 
    Memang bagus dan ayu .  Tapi..hmm.. kenapa awak tak jge ikhtilat , awak marah 
    dekat budak-budak usrah yang bermesej  dengan lelaki . Tapi awak bermesej –mesej 
    islamik dengan abang angkat awak .. sms tazkirah , kejut  subuh . konsep 1 hadis 1 
    hari lagi. *terpaksa ber awak-awak *Kalau lelaki , kasanova islamik ..hensem tu satu 
    hal , ade janggut ..tapi , time qiamullail , insan separuh  mati di dorm ditinggalkan , 
    akhwat  sebelah asrama pula dikejutnya .Training kejut isteri kut .


2.Golongan  Slayers islamik of the day #tetiba

   Memang kekudos korang sekali kerana korang sibuk mengejar akhirat disamping dunia 
   yang mengikut di belakang . Masa banyak dihabiskan sewaktu menyelusuri mehnah 
   dan tribulasi di jalan dakwah . Fulus banyak dikorbankan untuk tarbiyyah dan usrah , 
   minyak mobil n etc . Tapi kalian suka menegur kami dengan cara yang pedih , 
   headshot kami , ibarat tembakan bullet M-16 yang bertubi-tubi  menerobos hati kami . 
   Kami tau kami pernah soso social dulu , tapi kami sedang mendaki tangga nasuhaNya,
    jangan pinggirkan kami .

3 . Golongan kopiah hitam putih  
     Memang cukup pandai dalam ceramah , penyusunan kata yang cukup superb , diisi
     dengan kata-kata 
hikmah mengikut acuan disiplin ilmu . Apa yang diceramah , semua
     yang pernah kami ,the otai 
pernah lakukan . Rokok , berkapling –kapling (couple)
     semuanya TIDAK pada mulut and
a  , kerana Allah murka . Tapi.. semuanya haprak
     pada realiti . Sebaliknya anda yang gugur pada jalan menyeru manusia kearah
     kebaikan . ya , kami tahu , manusia tidak sempurna . Tapi itulah lumrahnya , buat
     kalian yang mempunyai chop label Dai’e di dahi .


Buat 3 golongan(s) ini , saya tak maksudkan semua . Bukanlah bertudung labuh , berjubah , aktivis dakwah itu semuanya teruk .  Tetapi pasti akan ada kambing hitam di situ . Yang hatinya hitam ..hitam macam mane tu , sendiri yang tafsir oke . Mereka sekadar si celup yang menuturkan kata2 islami .

Ayat Quran yang femes kalau situasi ini berlaku selalunya :


Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
 [ Al-Shaff: 2-3 ]


Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?. 

[ Al-Baqarah: 44]






Apek sayur : why wa tengok itu melayu pakai tudung tapi peluk-peluk sama itu lelaki ?
Ah moi kantin: Orang Islam maa.. cincai boncai..


And semua yang mereka lakukan akan hit Islam at the end . Why ?

Refer kembali pada contoh ini : Lah , die ke yang kantoi curi dawai kokot kat bilik warden tuh .. Patutla , tgokla , ‘Produk’ rumah zamrud .

Because we are the product . The product of Islam . Baik buruknya agama itu terletak juga pada dutanya.
Kerna kita membawa bersama panji dakwah sebagai satu bentuk realisasi cinta kepada tuhan atas shahadah yang dilafaskan .

Jangan salahkan mereka yang menilai . Kenapa korang cakap Chelsea team bola yang lemah? Dan jawapannya selalu : Sebab ade Torres .haha. Yeah , I’m a gooner :) Duta cap ayam ye..Hmm..

Golongan yang saya mention itulah yang sebenarnya mencacatkan keindahan Islam itu sendiri . Bukannya menyelesaikan masalah , namun merumitkan masalah . Tiap mana kita berjalan , kita membawa imej institusi ,Universiti , Keluarga dan paling penting Islam . Dengan hanya berbekalkan akhlaknya , Nabi Muhammad S.A.W , few of them yang sebelum ni memang sumpah takkan masuk Islam pun akhirnya melafaskan syahadah . Hanya dengan akhlak . Belum lagi benda – benda lain .
‘Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik , bagi orang yang sentiasa mengharapkan Allah dan hari akhirat , serta dia mengingati Allah sebanyaknya .’
                                 [Al – Ahzab :21]

Eh , jangan nangis pulak .. ni bukan post pasal ibu ayah dan diiringi bersama lagu Aeman ..Dan saya bukan ustaz yang buat-buat suara menangis .. Walawehh ==’


Niat itu memang bagus . Tapi tekniknya fail ..Buuu..*thumbs down*
Ini bukan menyelesaikan masalah , sebaliknya merumitkan . Tarbiyyah dan dakwah entah kemana .
Perbaiki cara dakwah itu akhi dan ukhti*ku* . Seni dakwah itu pelbagai . 


Kalau tidak , anda tidak akan mendengar keluhan seperti :
 ‘Tak gune punya ahmad lam , die suruh aku tutup aurat , tapi die yang makan megi
  pakai boxer .’
‘Tak gune punya eddie , die suruh aku jangan text perempuan , tapi die siap letak relationship lagi dekat Facebook ’

Remaja sekarang cukup muak kalau dikaitkan dengan agama , agama bagi mereka dianggap kuno dan asing  . Sebab itu , jangan terkejut seandainya saudara-saudara kita sudah mula mencari agama lain a.k.a murtad . Jangan Tanya mengapa . Mungkin anda sendiri akan faham . Angguk .


Perkara ini , saya dan anda pun pernah merasainya . Jadikan apa yang pernah terjadi sebagai keazaman agar diri ini tidak mengulanginya . Doakan mereka yang spoiler , *jangan lagi kutuk*  yang pernah bawak slek kepada dakwah supaya terikat kembali hatinya sebagaimana teguhnya hati mereka yang pernah membawa panji dakwah sebelum ini . Seriesly , Allah tak perlukan kita langsung . Sumpah ! langsung ..
Hanya baginya segala kemulian , ketauhidannya Allah berdiri di atas SifatNya sendiri, "muqhalafatuhuta'ala lilhawadith", malahan Dia tempat bergantung dan meminta. .. Sebaliknya , kita yang perlukan Dia . ohh , I’m okay *lap air mata*

"Wahai manusia sesungguhnya kamulah yang memerlukan Allah dan Allah yang Maha Kaya, tidak memerlukan apa-apa. Jika Dia mahu nescaya, Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk lain (sebagai ganti)."
                                                        [Al-Fatir 15-16]







Akhiran


Anda tidak dapat lari dari menjadi duta .kemon lah..* takyah buat muke penyek sangat laa* Hmm.. Duta haprak agama a.k.a cap ayam or duta agama macho dan osem berkrim ? itu pilihan anda .Haha


Anda yang tentukan ! * Suare tegas sikit *




Rayyan Muslim .
Tiada Alasan Untuk Tidak Berdakwah Selagi Islam .
Irbid , Jelapang .
27/4/2012








Read more...

Tuesday, February 28, 2012

Pangkat kita disisi Dia .


Bismillahirahmanirrahim . Dengan Nama Allah Yang Tidak Terpisah OlehNya Sifat Ar-Rahman Ar- Rahim .

Assalamualaikum . Apa khabar iman antum hari ini ?


 Alhamdulilah , segala puji bagi Allah yang telah membangkitkan pada hati – hati ini cahaya menuju kepadaNya .

Sudah beberapa hari juga ana tersadai di KL dek menghadiri Seminar Muslim 2012 : Apakah erti saya menganut agama Islam  anjuran SaifulIslam .com . Mungkin dalam post kali ini , ana belum bersedia menceritakan akan input – input yang telah dperolehi sepanjang seminar ini berlangsung  . Mungkin lepas ni lah kot .InsyaAllah .

 Cuma kali ni , ana nak kupas sedikit tentang ‘pangkat’ , dimana ana mendapat olahan tentang perkara ni sewaktu bertalaqqi dengan Al – Fadhil Tok Guru Haji Zulkifli Bin Haji Ismail , Mudir Pondok Baitul qurro’ Wal - Fuqaha , Payassum , Melaka akhir tahun lepas .

Definisi

Pangkat boleh diertikan sebagai darjat . simple :) . Contohnya seperti , pangkat dalam sesebuah organisasi / syarikat , pangkat dalam sesebuah susur galur hidup kemasyarakatan . Tetapi ana tidak berhasrat hendak mengupas istilah pangkat tersebut dalam contoh – contoh yang telah diberikan tadi .

Tetapi  , tentang perihal pangkat antara manusia dan pencipta langit dan bumi , Allah S.W.T .

Baiklah , mentaliti kita seakan sudah mentafsir akan sayangnya Allah S.W.T terhadap golongan – golongan yang sentiasa mengingatiNya sepenuh waktu , yang meratib asma’Nya setiap masa , yang mengemis doa padaNya pada kala susah dan senang  .

‘ Ohh , kiranya orang – orang yang warak , alim , kaki solat , ahli ibadah , ahli zikir , golongan ulama’ dan wali – wali sahajalah yang sentiasa disayangi  Allah ?’  ‘Pilih kasih jugak lah tuhan ni .’

Bukan . Ubahlah mentaliti tersebut .Sentiasa bersangka baik padaNya . Jikalau semua yang berfikirannya seperti itu , macam mana pula dengan golongan yang tidak termasuk dalam terma – terma mereka yang dekat padanya ?  Ana ?

 ‘Ehh , kalau camtu , Allah ni sayang tak kat ak ?’

Ok. Then , ana bagi 2 situasi .

Situasi

#1 . Parents antum sudah keluar meninggalkan rumah , adik – beradik yang lain sibuk dengan hal masing– masing  , tinggalah antum sorang -  sorang dalam bilik sambil online .
Layan Facebook  =boring , layan youtube = buffering lama sangat , baca buku = exam dah habis . Datanglah si Syaitan Al – Laknatullah menemani. Antum pun start la buka web yang memaparkan   gambar – gambar  wanita yang tidak menutup aurat , yang cam gini laa ,gitu la ..


Last – last , dah ter- advance , terbuka lah pula web yang meningkatkan syahwat &memberahikan . Baik punyaa layan , dan – dan lah pulak battery nak habis , berkelip – kelip icon bersimbol bateri , suddenly parents antum pulak dah sampai rumah , habis gelabah hati antum na tekan [ctrl + H] delete history .

#2 . Antum keluar date dengan teman wanita antum dekat Pavillion , tengok wayang la , makan KFC la , kongsi Straw air yang sama laa , main belai – belai rambut , takpun main cubit – cubit pipi    ||||| jangan bayang||||| baik punyaa layan , then datang la pulak couple arab yang zauj(suami) berkopiah putih , zaujah (isteri) berpurdah hitam labuh duduk dekat meja tidak jauh dari tempat duduk antum dan ‘rakan’ antum . Time nak balik , terjumpalah pulak dengan kawan sekolah antum yang islamik sikit , memang pedas sikit telinga menahan teguran . Potong stim tul .


Ok . both situasi yang telah ana bagi contoh tadi sebenarnya selalu berlaku sebenarnya dalam kalangan remaja sendiri . Ana tak cakap yang ana pernah experience benda – benda macam tu .cehh.HAHa.

Dalam situasi #1 , perkara – perkara ‘pelik’ yang terjadi =

 1. Bateri habis
                                                                                                    
 2. Didatangkan perasaan gementar dan takut
                                                                                                    
 3. Parents pulang


Dalam situasi #2, perkara – perkara ‘pelik’ yang terjadi =

  1. Kedatangan couple berpurdah
                                                                                                    
 2. Teguran dari sahabat satu sekolah


Setiap perkara yang hamba- hambaNya lakukan tidak pernah akan terlepas dari pengetahuan Allah . Allah mengetahui dengan tidak ada perantaraan akan tiap – tiap suatu yang terang dan tersembunyi sama ada di langit atau di bumi , sama ada kecil atau besar , sehingga Allah Taala mengetahui bilangan pasir yang tidak terkira oleh manusia , berapa banyak titik hujan yang turun , berapa banyak daun – daun yang gugur mencium tanah , berapa banyak debu – debu halus yang berterbangan .

Tidak pernah akan terlindung dalam pengetahuan Allah akan sesuatu kerana pengetahuanNya meliputi segala – segalaNya .

Firman Allah S.W.T .
ALLAH SWT yang mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib-ghaib dan perkara yang tiada ghaib (yang nyata).
  (AZ Zumar: 46)
Tuhan yang amat mengetahui segala perkara yang ghaib, tidak terlindung daripada ilmu-Nya sekecil-kecil barang yang sebesar zarah pun yang ada di langit dan demikian juga tidak terlindung segala perkara yang ada di bumi dan tidak ada yang lebih kecil dari zarah itu dan tidak ada yang lebih besar daripadanya melainkan ada nyata tersebut di dalam kitab (iaitu Luh Mahfuz).
  (Saba': 3)
Salah satu dari sifat 20 Allah adalah Iradah yang membawa maksud berkehendak . Tidak terjadi sesuatu melainkan dengan kehendakNya , apa yang dikehendaki mesti terjadi , dan yang tiada dikehendaki tidak akan terjadi . Allah lah yang mengatur segala perjalanan dunia dan perjalanan isi dunia .

Perkara – perkara yang ‘pelik’ yang terjadi dalam situasi #1 & #2  tersebut merupakan iradahNya , dengan alasan menyelamatkan hamba – hambaNya dari terus sesat dalam lamunan si laknatullah .
 Allah tidak dipaksa atau terpaksa membuat suatu melainkan dengan kehendaknya dan tidak ada suatu kuasa yang dapat menghalang kehendak Allah seiring FirmannYa
Sesungguhnya urusan pentadbiran-Nya, apabila DIA mengkehendaki berlaku sesuatu, cukup hanyalah dengan DIA berkata kepadanya, "KUN", maka terjadilah ia. 
 [Yasin: 82]
Apabila sampai masanya DIA (ALLAH) melaksanakan sesuatu ketetapan, maka sesungguhnya DIA akan berkata kepadanya, "KUN" maka terjadilah ia. 

[Ali Imran: 47]



Diaturkan laptop untuk kehabisan bateri , dihantarkan golongan couple Islamik dalam both situasi yang tadi semata – semata agar kita berfikir bahawa terdapat signal – signal yang menunjukkan  Allah masih memberi bimbingan walaupun kita sebagai hamba-hambaNya sedang at the brink of melayani hawa nafsu sendiri . Seolah – seolah kita dipanggil / diberi nasihat oleh ibu – bapa kita , ‘ Sobri , jangan buat camtu ,nanti memudaratkan diri Sobri sendiri ’ . Tidakkah kalian berfikir ?

‘Ohh , kirenya Allah masih sayang kat saya lah bang ?’
‘Yep . ’
‘Patutlah setiap masa online ade je perkara ‘pelik’ cam tu appear ’
‘errp..’

Kita diberikan pilihan

Manusia tidak dapat lari dari membuat pilihan , even nak lari pun masih perlukan pilihan itu dibuat ‘ lari ke mana  , lari dengan siapa , lari pakai apa ?’ Sejak dari bangun tidur , kita sentiasa perlu membuat pilihan walaupun di dalam aktiviti harian yang kecil seperti pemilihan pakaian yang hendak dipakai pada hari tersebut . Allah masih mempamerkan kasihNya kepada kita dengan mencampakan peringatan buat kita dan kita diberikan PILIHAN untuk bersungguh – sungguh menyahut seruan tersebut ataupun terus leka dengan buaian cinta si laknatullah . Firman (as – shams)


Bahwasanya pendorong yang muncul dalam hati manusia untuk mereka menghadap Allah , ianya datang sama ada ia berbentuk ‘al – targib’ – perangsang /mengajak .
Dia mendengar sesuatu yang menjadikannya ingin dekat kepada Allah, ataupun ianya datang dengan bentuk ‘al – tarhib’ – ancaman. Sesuatu yang menakutkannya untuk terus berada dalam keadaan yang jelek , ataupun dalam bentuk ‘al – taswiq ‘ – merindukan.
Dia merasakan Sesuatu yang menjadikan dirinya memerlukan dekat kepada Allah ataupun ia boleh jadi dengan sebab terkesan dengan orang lain yang berada di sekelilingnya ataupun ia boleh jadi tanpa sebab .
[Ulama’]

Wahai hati , sedarlah sebelum segalanya terlambat . Allah sentiasa menyayangi kita walau apa jua pangkat kita kepadaNya , walau apa jua dosa yang pernah kita lakukan  , walau apa jua amalan kebaikan yang kita rasa seakan – seakan hypocrite .

“Wahai anak adam ! Andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa – dosa sepenuh isi bumi , kemudian engkau menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu , nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi ”

[Hadis]

Dan dialah tuhan yang menerima taubat dari hamba – hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan -  kejahatan(yang mereka lakukan); dan ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan .

[As :shuraa :25]


Betapa  Allah sangat menyayangi hambaNya . Diciptakan manusia dengan sebaik – sebaik ciptaan . Allah mengurniakan akal fikiran yang tidak ada pada makhluk lain agar hambaNya boleh berfikir . Kalau hendak dihitung satu persatu rezeki dan nikmat Allah pasti tidak akan habis dihitung semuanya .

 Sesungguhnya kasih sayang Allah terhadap hambaNya adalah kasih sayang yang tiada tolok bandingnya , melebihi sayangnya seorang ibu kepada anaknya .


Dengan ini , Tanya diri kita …
Sejauh manakah kasih kita kepadaNya ?

                                   

                                       ------------------------------------------------------------

Peace Be Upon You :)

Muhammad Hakeem
Sri Kembangan
28/2/2012
0859 P.M

“Tiada alasan untuk tidak berdakwah melainkan Islam ”

Read more...